
KUALA LUMPUR, 26 Sep 25 — Aktivis politik Shahbudin Husin mendakwa Datuk Seri Azmin Ali sendiri yang menghantar mesej dalam kumpulan Whatsapp untuk meletak jawatan sebagai ketua pembangkang DUN Selangor.
Shahbudin berkata, Azmin menghantar mesej tersebut dalam kumpulan Whatsapp terdiri daripada ahli DUN Perikatan Nasional di Selangor.
“Mesej beliau itu juga dikatakan menggesa 21 Adun PN lain di Selangor supaya segera berbincang untuk melantik Ketua Pembangkang yang baru menjelang sidang DUN akan datang.
“Di dalam hal ini, adalah jelas dan boleh dikata tidak diragukan lagi bahawa berita perletakan jawatan Azmin itu tercetus daripada mesej yang dihantarnya sendiri,” kata Shahbudin, dalam hantaran media sosialnya.
Malah, Azmin sendiri katanya tidak pernah menafikan mesej tersebut bukan dihantar oleh dirinya ke dalam kumpulan Whatsapp berkenaan.
“Yang beliau nafikan hanyalah berita perletakan jawatannya, sambil mengatakan ia tidak benar dan suatu khabar angin.
“Soalnya, jika ia khabar angin, apakah ini bermakna angin itu ditiupkan oleh Azmin sendiri?
“Apakah tujuan Azmin berbuat demikian?,” soal Shahbudin.
Baru-baru ini tersebar berita peletakan jawatan Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang Dun Selangor.
Utusan Malaysia pula melaporkan, mesej itu dipadam selepas beberapa Adun PN memberi reaksi, termasuk wakil PAS Paya Jaras Halim Tamuri yang meminta perkara itu dibincangkan lebih lanjut. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.