BERSATU Bakal Karam, Gelombang Bekas UMNO Kembali Ke Rumah Bangsa

Pergolakan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia dijangka semakin meruncing apabila parti itu kini berdepan tekanan terbaharu apabila lebih ramai bekas Ahli UMNO akan kembali kepada parti tersebut.

Ura-ura kembalinya bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyertai BERSATU pasca 2018, dijangka berlaku ekoran dua faktor besar yang mempengaruhi sentimen politik.

Yang pertama, perpecahan parti selepas pemecatan Hamzah Zainudin dimana, pengikut-pengikut Hamzah yang dahulunya daripada UMNO, kini telah meninggalkan parti BERSATU sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Muhyiddin yang lemah.

Yang kedua, apabila UMNO membuka kembali pintu untuk bekas-bekas ahli dan pemimpin untuk kembali ke UMNO tanpa syarat menerusi inisatif Rumah Bangsa.

Kumpulan kedua ini melihat ia sebagai peluang mencari parti yang lebih stabil berbanding BERSATU yang kini dikuasai oleh bekas-bekas ahli PKR dari kalangan kumpulan Azmin.

Pendekatan UMNO dilihat membuka ruang kepada “arus balik” yang semakin jelas, dengan sebahagian pemimpin dan akar umbi mula melihat UMNO sebagai platform yang lebih stabil dari sudut kuasa dan masa depan politik berbanding BERSATU yang kehilangan sokongan akar umbi.

Pemerhati politik berpendapat, perkembangan ini bukan lagi sekadar spekulasi, sebaliknya sudah memasuki fasa awal pergerakan senyap yang berpotensi berkembang menjadi gelombang lebih besar yang akan terus menenggelamkan BERSATU.

“Ini bukan lagi soal persepsi. Apabila UMNO membuka pintu secara terbuka, ia memberi isyarat jelas kepada bekas ahli bahawa ruang untuk kembali sentiasa ada,” kata seorang penganalisis yang enggan dinamakan.

Dalam masa sama, dinamika dalaman parti turut dibebani oleh pengaruh Hamzah Zainuddin yang dilihat mempunyai jaringan tersendiri dalam parti akar umbi.

“Ramai penyokong Hamzah yang masih didalam BERSATU, belum membuat langkah keluar parti. Ini dipercayai akan berlaku selepas Hamzah mengumumkan parti baharu mereka. Katanya.

Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai langkah keluar parti, perkembangan di peringkat akar umbi menunjukkan wujud pergerakan dalam kalangan penyokong beliau yang semakin menolak arus utama kepimpinan BERSATU.

Penganalisis tu juga melihat, jika trend ini berterusan, parti itu berdepan risiko hakisan sokongan secara menyeluruh dimana BERSATU akhirnya akan menjadi sebuah parti yang dipimpin oleh bekas-bekas ahli PKR yang menyokong Azmin.

“Muhyiddin tak boleh buat apa-apa dah, dia bergantung kepada sokongan Azmin sahaja, dia kena ikut arus yang Azmin bawa. Katanya.

Dalam keadaan politik yang semakin kompetitif, keupayaan BERSATU untuk mengurus konflik dalaman serta menahan arus keluar terus berdepan penyusutan pengaruh yang sukar dipulihkan.

Haji Rahim, Bera Pahang

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

NFA: Politik atau Undang-Undang?

Keputusan NFA ini boleh mengukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid dan menghapuskan saki baki sokongan terhadap Mohd Najib. Antara Ahmad Zahid dan Mohd Najib, Anwar tentu lebih takut kepada Mohd Najib dan selesa dengan Ahmad Zahid.
Read More
Total
0
Share