Pegawai Tentera Memandu Mabuk Bakal Berdepan Tiga Pertuduhan Berkaitan Nahas Di MEX

KUALA LUMPUR | 30 Apr 26 — Seorang pegawai tentera yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dijangka berdepan tiga pertuduhan di mahkamah esok, termasuk tuduhan menyebabkan kematian serta memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kes itu akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dengan pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta dua pertuduhan lain berkaitan kesalahan trafik.

Harian Metro turut melaporka bahawa siasatan mendapati insiden pada 23 April lalu itu melibatkan perlanggaran dua kenderaan yang mengakibatkan seorang penumpang e-hailing maut di tempat kejadian, manakala beberapa individu lain turut cedera.

Menurut pihak berkuasa, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum keputusan untuk mendakwa dibuat.

Kes ini menarik perhatian kerana ia turut melibatkan dakwaan pemanduan di bawah pengaruh alkohol, yang menjadi faktor utama siasatan awal polis. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share