Bersatu Cadang Kenakan Cukai, Letak Harga Minimum Untuk Produk Vape

KUALA LUMPUR, 29 Jul 25 – Pengharaman vape bukan jalan penyelesaian untuk mengekang peningkatan penggunaan vape dalam kalangan rakyat, khususnya golongan muda, kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Sebaliknya tindakan penguatkuasaan seperti itu katanya hanya akan mewujudkan pasaran gelap yang sukar dibendung.

“Dalam mempertimbang pengharaman vape, kerajaan perlu mengambil kira bahawa larangan total sering membawa kepada kewujudan pasaran gelap yang sukar dikawal jika tiada penguatkuasaan yang benar-benar berkesan.

“Memandangkan produk vape masih dijual secara meluas, saya menggesa kerajaan untuk segera menaikkan cukai ke atas cecair vape bernikotin agar selari dengan kadar cukai rokok,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan.

Langkah itu katanya penting bagi memperkukuh usaha pencegahan dan pengawalan penjualan produk berasaskan vape.

Katanya, cecair nikotin hanya dikenakan cukai sebanyak 40 sen bagi setiap mililiter, sedangkan rokok dikenakan cukai sebanyak RM8 bagi setiap kotak.

“Berdasarkan perkiraan mudah, penggunaan 2 mililiter cecair vape bernikotin mengandungi hampir sama jumlah nikotin dengan sekotak rokok.

“Namun, cukai yang dikenakan ke atas vape hanyalah sekitar 10% daripada cukai rokok — satu jurang yang ketara,” kata Wan Saiful.

Tambah Wan Saiful, tindakan paling wajar dan pantas ialah dengan segera mengumumkan kenaikan cukai ke atas cecair vape nikotin.

“Ini adalah ‘low-hanging fruit’ yang sangat jelas. Selain itu, kerajaan juga perlu memperkenalkan harga minimum bagi produk vape — sepertimana yang telah dilaksanakan ke atas rokok.

“Harga minimum ini wajar ditetapkan sekurang-kurangnya pada paras RM12 dan keseluruhan struktur harga perlu dipautkan kepada kadar kenaikan duti eksais dari semasa ke semasa.

“Ini penting bagi memastikan kesaksamaan cukai (tax parity) dan tahap kemampuan harga (affordability) yang sesuai dengan niat untuk mengurangkan atau mencegah penggunaannya,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share