“Bodoh Tak Boleh Diajar” – Wan Fayhsal Tempelak Tun Faisal Isu Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR | 14 Jun 26 – Pertikaian berhubung kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang terus memanas apabila Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melancarkan serangan terbuka terhadap Tun Faisal Ismail Aziz yang mempertikaikan pengumuman dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Wan Fayhsal menyifatkan Tun Faisal sebagai “bodoh tak boleh diajar” selain menegaskan bahawa keputusan mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang bukan dibuat secara unilateral oleh Abdul Hadi.

Menurut beliau, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Parlimen yang mempunyai kuasa menentukan kedudukan Ketua Pembangkang, termasuk Ahli Parlimen PAS dan kumpulan yang menyokong Gerakan RESET.

“Celah mana Tan Sri Tuan Guru buat keputusan ikut selera dia seorang? Semua keputusan telah diputuskan oleh mereka yang ada punca kuasa menentukan siapa yang layak melantik Ketua Pembangkang,” katanya.

Wan Fayhsal berkata, semua Ahli Parlimen yang bersetuju dengan pelantikan Hamzah telah menandatangani surat persetujuan untuk dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Beliau turut mendakwa keputusan tersebut dibuat menerusi sokongan majoriti yang jelas dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang, sekali gus menolak dakwaan bahawa PAS bertindak membelakangi proses demokrasi dalam blok pembangkang.

“Keputusan dibuat secara pungutan suara majoriti. Puak kamu tinggal enam orang Ahli Parlimen sahaja. Memang jelas tak ke mana bantahan parti kamu itu,” katanya.

Kenyataan Wan Fayhsal dilihat sebagai petunjuk bahawa kem yang menyokong Hamzah kini mempunyai penguasaan lebih besar dalam blok pembangkang selepas PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi bayangan bahawa kedudukan Ahli Parlimen yang masih bersama kem Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berubah dalam sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Menurutnya, kerusi Ahli Parlimen Pagoh bersama lima Ahli Parlimen lain dijangka dipindahkan jauh daripada kedudukan Ketua Pembangkang, Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden PAS di dalam Dewan Rakyat.Perkembangan itu menyusul selepas Abdul Hadi mengumumkan Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang ketika merasmikan Konvensyen RESET semalam, sekali gus dilihat mengukuhkan lagi hubungan politik

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share