Calon PN Tanjong Kapor Dapat Sambutan, Mahu Fokus Isu Kebajikan Rakyat

KUDAT, 18 NOV 25 — Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Kapor, Affan Jumahat, meneruskan siri ‘walkabout’ dengan beramah mesra bersama para pengundi dan peniaga di Pekan Kampung Ayer, semalam.

Menurutnya, maklum balas yang diterima setakat ini amat positif, dengan ramai penduduk menyuarakan keinginan agar kerusi DUN Tanjong Kapor diwakili calon Muslim, memandangkan majoriti pengundi di kawasan itu adalah beragama Islam.

“Mereka (pengundi) nyatakan hasrat begitu kerana kawasan ini penduduk muslim lebih ramai.

“Penduduk turut meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kurangnya bantuan dan program kebajikan daripada wakil rakyat sebelum ini, walaupun wakil rakyat telah berkhidmat beberapa penggal. Kata Affan.

Sementara itu, satu mesyuarat penyelarasan turut diadakan bagi melicinkan operasi kempen dengan membuka Bilik Gerakan PN Tanjong Kapor.

Bermesyuarat di Bilik Gerakan Calon

Affan memaklumkan, kehadiran jentera yang ramai menunjukkan komitmen kuat di peringkat akar umbi, namun beberapa aspek penyusunan semula diperlukan bagi memastikan gerak kerja lebih teratur sepanjang tempoh kempen.

“Kita telah menyusun struktur jentera yang wajib ada supaya koordinasi lebih kemas. Calon nak fokus kepada kempen, manakala jawatankuasa pilihan raya mesti memperkukuh komunikasi dalaman agar setiap maklumat disampaikan dengan tepat dan cepat,” katanya.

PN Tanjong Kapor dijangka menggandakan lagi gerak kerja pada minggu-minggu mendatang bagi mengukuhkan sokongan pengundi di kawasan Kudat.

Di Dun Tanjuong Kapor, Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda akan menjadi pencabar utama kepada Affan dalam PRN ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share