CEO TH Plantations Dipecat Atas Salah Laku

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 – TH Plantations Bhd menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain, berkuat kuasa serta-merta atas sebab salah laku.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat menyatakan keputusan itu dibuat selepas siasatan dalaman mendapati wujud pembayaran tidak diluluskan berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Sebelum ini, Mohamed Zainurin telah diarahkan cuti bergaji (garden leave) pada 18 Julai lalu susulan surat tunjuk sebab berhubung isu tersebut. Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Marilyana Omar, yang turut menerima surat tunjuk sebab, memilih untuk meletak jawatan serta-merta, memetik laporan The Edge Malaysia.

TH Plantations setakat ini belum menamakan pengganti CEO dan memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan diumumkan kemudian. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kait Jual Diesel Ke Filipna: SKMM Buka Siasatan

Menurut SKMM dalam satu kenyataan, dakwaan berkenaan tidak mempunyai asas fakta, dan transaksi minyak yang diperkatakan sebenarnya melibatkan urusan perdagangan antarabangsa oleh pihak syarikat, bukan operasi eksport oleh Petronas atau Kerajaan Malaysia.
Read More
Total
0
Share