
KUALA LUMPUR, 10 NOV 25 — Anak kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah Tun Musa Aman didakwa bakal menjadi calon ketua menteri sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah. negeri, dakwa Badrul Hisham Shaharin.
Datuk Yamani Hafez Musa merupakan salah satu daripada 10 calon PKR yang bakal bertanding pada PRN itu
Presiden PKR, yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan bekas Ahli Parlimen Sipitang itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin.
“Jentera PKR sendiri protes senarai calon yang dikatakan langsung tak mendengar akar umbi parti. Dikatakan hanya pilihan Anwar semata mata, yang dipilih pasti ‘lembu dicucuk hidung’.
“Che GuBard dah dedahkan lama, ketika Musa dilantik TYT, perancangan Anwar pegang Sabah selepas Musa jadi TYT ialah menjadikan anak Musa sebagai Ketua Menteri.
“Yamani Hafez, ialah bakal Ketua Menteri,” kata aktivis itu dalam hantaran Facebook.
“Mengundi PH, GRS dan BN bermaksud menjadikan Hafez anak Musa, sebagai ketua menteri yang dikawal Anwar,” dakwa ketua Bersatu Port Dickson itu lagi.
Malah, dia mendakwa akar umbi Umno dan MCA juga tidak berpuas hati apabila kerusi mereka diserahkan kepada PKR.
“GRS, BN (Umno) dan PH konon masing masing bertanding solo tapi mereka semua dikawal PH.
“DUN Gum Gum kerusi Umno, DUN Karamunting kerusi MCA, dua-dua serah pada PKR…geng Umno lokal tengah marah..haha,” dakwa Chegubard lagi. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.