Siasatan Ke Atas MalaysaNow Satu Intimidasi Ke Atas Kebebasan Media, Kata PAS

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 25 – PAS menyifatkan siasatan ke atas Editor portal MalaysiaNow sebagai suatu bentuk intimidasi untuk mengunci mulut media daripada mendedahkan dakwaan salah laku agensi dan pihak berkempentingan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS melihat siasatan polis ini agak berlebih-lebihan.

“PAS melihat siasatan polis ini adalah agak berlebih-lebihan dan tampak lebih bertujuan intimidasi untuk mengunci mulut media daripada mendedahkan dakwaan salah laku melibatkan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan tertentu. Katanya.

Menurut Takiyuddin, apa yang berlaku ke atas Editor MalaysiaNow kelihatan sama dengan kes wartawan portal Malaysiakini yang didakwa di bawah AKta SPRM susulan pendedahan dalam media berkaitan kartel kemasukan pekerja asing di KLIA.

“Perkara ini juga kelihatan sama keadaannya seperti kes melibatkan wartawan portal berita Malaysiakini, B Nantha Kumar, yang didakwa bawah Akta SPRM susulan laporan yang dibuat oleh pihak berkepentingan yang didedahkan dalam dua tulisan beliau berkait kartel kemasukan pekerja asing di KLIA pada Februari lepas.

“Justeru, PAS sekali lagi menegaskan bahawa badan penguat kuasa hendaklah mengutamakan dan memberi tumpuan pada pendedahan salah laku atau perbuatan jenayah yang didakwa berlaku, bukannya menyasarkan wartawan dan media yang melaporkannya.

“Ini lebih-lebih lagi apabila siasatan dimulakan berikutan laporan yang dibuat oleh pihak-pihak berkepentingan langsung dalam kedua-dua kes. Tegas beliau.

Tambahnya, PAS menyifatkan apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh dilihat mengganggu,

menyekat atau menakut-nakutkan teras keempat demokrasi ini hendaklah dielakkan sama-sekali.

“Profesionalisme dan integriti badan-badan penguat kuasa bukan sahaja mesti dihormati dan dipertahankan oleh semua pihak tanpa memilih bulu, tetapi juga dijamin bebas daripada semua bentuk campur tangan dan pengaruh luar tidak sah. Katanya.

Baru-baru ini Polis sedang menyiasat Editor MalaysiaNow, Abdar Rahman Koya, berhubung dakwaan pendedahan maklumat serta fitnah jenayah, kata peguamnya Rajesh Nagarajan.

Adbar mengesahkan bahawa polis merakamkan kenyataan Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sekitar jam 2 petang, berhubung siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah jenayah.

Katanya, siasatan itu dibuat susulan laporan polis oleh ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador, yang juga adalah bekas pegawai Perdana Menteri Anwar Ibrahim, terhadap anak guamnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share