Coastal Run 2026: Penyertaan Cecah 1,500, Tiga Kali Ganda Sasaran

MELAKA | 25 Sep 26 – Sambutan terhadap acara larian Coastal Run 2026 di Pantai Puteri, Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka mencatatkan penyertaan jauh melebihi sasaran awal apabila pendaftaran kini mencecah sekitar 1,500 peserta.

Jurucakap penganjur, Ramlan Meon berkata, jumlah itu meningkat tiga kali ganda berbanding sasaran asal sebanyak 500 peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat, belia, keluarga, ahli Wawasan Negara serta komuniti sekitar Melaka.

Menurutnya, Coastal Run 2026 dianjurkan sebagai aktiviti riadah dan gaya hidup sihat sejauh tiga kilometer, selain menjadi ruang menghimpunkan masyarakat dalam suasana santai.

Program itu turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pimpinan Wawasan Negara dengan masyarakat setempat serta membina semangat kebersamaan dalam komuniti.

Tetamu utama yang dijangka hadir ialah Presiden Parti Wawasan Negara, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, bersama pimpinan Wawasan Negara peringkat pusat, negeri Melaka dan bahagian-bahagian.

Ramlan berkata, sambutan yang diterima setakat ini menunjukkan minat masyarakat terhadap program berkonsepkan riadah dan kemasyarakatan tersebut amat menggalakkan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Razlan: MB Gagal Urus Krisis Hingga Mencalar Institusi Raja-Raja

"Bila benda terjadi, kita kena ambil langkah untuk bagaimana memperbaiki... dan juga menarik sokongan daripada Menteri Besar. So bila kita dah tarik sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Zahid dah mengatakan kita akan terus menyokong kerajaan Negeri Sembilan. Empat belas-empat belas ini akan menyokong, tapi tak nak MB. Kita nak MB ditukar," katanya.
Read More
Total
0
Share