Cukai: Bekas Ahli Parlimen DAP Senada Dengan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 26 Jun 25 – Seorang bekas ahli Parlimen DAP senada dengan pembangkang dengan menegaskan kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada maha kaya, bukannya membebankan rakyat miskin dengan tambahan cukai.

Charles Santiago berkata walaupun orang kaya turut menikmati kemudahan awam seperti jalan raya dan sekolah, mereka mengelak daripada membayar cukai dan pada masa sama terus menuntut insentif.

“Kita perlu kenakan cukai terhadap kekayaan melampau, perkenalkan cukai pusaka dan melaksanakan perintah kekayaan tidak dapat dijelaskan bagi mengurangkan rasuah dan aliran wang haram seperti yang dilakukan di negara lain.

“Sudah tiba masanya mereka memberi semula dan membayar bahagian yang sepatutnya,” kata Charles dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegur kerajaan yang memberi terlalu banyak kelonggaran kepada golongan maha kaya akhirnya memaksa kerajaan untuk terus meminjam wang bagi mengurus kewangan negara.

“Mengapa kita terus memberi pengecualian cukai korporat, mengabaikan penyalahgunaan harga pindahan dan menutup mata terhadap kebocoran serta aliran kewangan haram?

“Akibatnya, kerajaan terus-menerus meminjam. Kita meminjam untuk menampung kekurangan yang enggan diisi oleh golongan maha kaya dan syarikat besar,” katanya lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencadangkan kerajaan membatalkan cadangan kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Presiden Bersatu itu berkata,  kerajaan perlu mencari kaedah lain mengatasi masalah fiskal negara termasuk mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar yang lebih munasabah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kg Sg Baru: Orang hanya pandai cakap, kata Johari

Johari berkata, situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.
Read More
Total
0
Share