Damaikan Konflik Myanmar, Tanda Aras Kejayaan Pengerusi Asean – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 23 APR 25 – Malaysia akan dianggap sebagai pengerusi Asean yang berjaya sekiranya berjaya mendamaikan pihak bertelagah dalam konflik di Myanmar, kata Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Bekas menteri luar berkata, Malaysia boleh menyerlahkan peranannya sebagai ketua blok serantau dengan merangka pelan jelas untuk menyelesaikan konflik yang berlarutan selama empat tahun.

“Cabaran utama melibatkan semua sektor termasuk Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) dan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC).

“Jika kita menjelang akhir tempoh kita sebagai pengerusi, boleh mengumumkan pelan khusus dan bila peralihan akan berlaku, itu akan menjadi KPI (petunjuk prestasi utama) terbaik.

“Ia akan menjadi bonus besar untuk Malaysia sebagai pengerusi. Tetapi saya faham ia sukar,” katanya, dalam wawancara bersama FMT.

NUG dan NUCC membentuk kerajaan Myanmar ditubuhkan selepas rampasan kuasa tentera empat tahun lalu diketuai Min Aung Hlaing, yang mencetuskan protes besar-besaran dan kekacauan awam di seluruh negara terbabit.

Kumpulan hak asasi mendakwa junta menangkap ribuan penunjuk perasaan dan aktivis sejak menggulingkan kerajaan dipilih secara demokrasi pimpinan pemimpin ikonik, Aung San Suu Kyi.

Kumpulan hak asasi mendakwa junta menangkap ribuan penunjuk perasaan dan aktivis sejak menggulingkan kerajaan dipilih secara demokrasi pimpinan pemimpin ikonik, Aung San Suu Kyi.

Rampasan kuasa itu menyebabkan Myanmar terjerumus dalam perang saudara pelbagai pihak dan mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share