Mampukah Muhyiddin Jadi Ombak Bawa Kemenangan Untuk PN?

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 25 — Senario politik semasa memerlukan seseorang pemimpin yang bersedia untuk berhadapan segala permasalahan dalam negara dan bukan setakat seorang individu diberikan kuasa sebagai perdana menteri, kata ahli akar umbi Bersatu.

Ketua bahagian Bersatu Gopeng Ahmad Ishak berkata, isunya bukan setakat kuasa perdana menteri tetapi keupayaan individu berkenaan menyelesaikan segala masalah melanda negara hari ini.

“Senario politik sekarang rakyat tengok. Trend (dalam daftar pemilih ) sekarang anak muda 40%, 40% wanita.

“Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri ketika zaman Covid-19, sekarang lepas Covid-19 boleh ke Muhyiddin jadi perdana menteri? senario berbeza sekarang.

“Urusan atas meja boleh ke selesai hutang negara RM1.3 trilion. Pelabur keluar, harga barang naik, siapa jadi perdana menteri, akan hadapi masalah besar. Anwar boleh? Samsuri boleh? Hamzah boleh?,” soalnya, kepada politiko.my.

Tambahnya, peluang sudah berada di hadapan mereka namun mampukah Muhyiddin mengulangi gelombang kejayaan PN sebelum ini.

“Peluang ada depan kita untuk ambil kesempatan kelemahan kerajaan. Muhyiddin betul pernah jadi perdana menteri.

“Boleh tak dia bawa kemenangan macam ombak, saya rasa tidak begitu,” katanya.

Baru-baru ini, isu “poster boy” kembali mencuri tumpuan apabila Ketua Pemuda PN, Afnan Taib Azamudden sebelum ini dilapor berkata, PN mempunyai beberapa nama calon perdana menteri yang akan diumumkan pada waktu sesuai sekaligus mencetuskan spekulasi politik.

Beliau antaranya menamakan Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang; Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan dua naib presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar serta Datuk Idris Ahmad.

Ketua Pembangkang dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dinamakan dengan satu-satunya calon dari parti itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share