DAP Tuntut Petronas Beri Ekuiti 30% Kepada Sarawak

KUALA LUMPUR, 28 Mei 25 – Petronas dicadang memberikan 30% penyertaan ekuiti kepada Sarawak kerana sebahagian besar sumber galian itu diperolehi dari negeri bumi kenyalang itu, kata pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.

Chong berkata, pemilikan ekuiti 30% itu adalah anggaran kasar dan ia boleh menjadi lebih daripada jumlah tersebut.

“Saya telah membuat cadangan ini di Parlimen, begitu juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kini terpulang kepada kerajaan untuk melakukan rundingan kerajaan dengan kerajaan bagi merealisasikannya,” katanya, ketika persidangan DUN minggu lepas.

Chong berkata, dengan cara itu sekaligus akan memberi jaminan dan kepada para pelabur untuk melabur dalam sektor sumber mineral di Sarawak.

“Sekarang dengan istilah penyelesaian, pelabur masih sangat risau, risau dengan kedudukan Sarawak.

“Jika penyertaan ekuiti diberikan kepada Sarawak, ia akan memberi jaminan kepada pelabur asing bahawa kepentingan Petronas juga adalah kepentingan untuk Sarawak.

“Itulah jaminan terbaik,” tegas Chong lagi.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mencapai persefahaman pada 21 Mei lalu, dalam isu Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) melalui pemeteraian satu deklarasi bersama.

Deklarasi itu ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg di Putrajaya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Garis 3 Teras Untuk Angkat Konsensus Nasional Baharu

“Ayatnya adalah trust deficit . Maka, saya mencari jalan bagaimana cara kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Itulah yang akhirnya saya dapat satu kertas yang boleh dibincangkan bahawa Konsensus Nasional Baharu ini boleh dijadikan sesuatu yang dipertanggungjawabkan supaya kita semua dapat hidup aman.
Read More
Total
0
Share