Dari Kemarahan Rakyat, Prabowo Rombak Kabinet, Gugurkan Sri Mulyani

KUALA LUMPUR, 8 Sep 25 – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, melakukan rombakan besar kabinet dengan menggugurkan Menteri Kewangan berprofil tinggi, Sri Mulyani Indrawati, serta beberapa menteri utama lain susulan gelombang protes besar-besaran di seluruh negara.

Sri Mulyani, yang pernah dipuji kerana ketegasan fiskalnya, digantikan oleh Purbaya Yudhi Sadewa, bekas Ketua Lembaga Penjamin Simpanan Indonesia (LPS). Beliau mengangkat sumpah jawatan pada Isnin di Istana Negara.

Dalam kenyataan awal, Purbaya berikrar untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga 8 peratus, dengan menekankan peranan pelaburan swasta dan program sosial untuk meredakan keresahan rakyat.

Rombakan itu dibuat selepas demonstrasi ganas menentang sistem cukai yang mencetuskan keganasan dan korban nyawa. Kediaman Sri Mulyani turut menjadi sasaran serangan perusuh.

Perubahan drastik ini memberi kesan segera kepada pasaran kewangan. Indeks Bursa Jakarta jatuh lebih 1 peratus manakala nilai rupiah turut tertekan.

Penganalisis memberi amaran bahawa disiplin fiskal Indonesia mungkin tercabar di bawah kepimpinan baharu, khususnya dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk bantuan sosial dan pertahanan.

Terdahulu, demonstrasi besar-besaran melanda Indonesia sejak akhir Ogos lalu, mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat terhadap ketidakseimbangan ekonomi, keistimewaan luar biasa ahli parlimen, serta tindakan keras oleh pihak berkuasa. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share