Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud Dilantik Sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Baharu

Foto – Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 14 Nov 25 – YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, 58 tahun, telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, untuk dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa mulai 15 November 2025, selaras dengan Subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Dato’ TPr. Fadlun memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah, dan pengurusan bandar raya.

Sebelum pelantikan ini, beliau menjawat Presiden Perbadanan Putrajaya sejak 2022, di mana beliau mengetuai pelaksanaan Putrajaya Smart City Blueprint 2025, Pelan Transformasi Hijau Putrajaya, serta pelbagai inisiatif kesejahteraan bandar berasaskan prinsip inklusiviti dan kelestarian.

Selain itu, Dato’ TPr. Fadlun juga merupakan Ahli Lembaga Perancang Bandar dan Felo Pertubuhan Perancang Malaysia, serta aktif dalam forum dan jaringan profesional antarabangsa, memperkukuh reputasinya sebagai tokoh perancang bandar berwawasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, menyatakan keyakinannya bahawa pelantikan ini akan memastikan kesinambungan kepimpinan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan integriti, kecekapan, dan keprihatinan terhadap aspirasi rakyat.

Beliau menekankan peranan Dato’ TPr. Fadlun dalam memperkukuh pelaksanaan agenda Bandar CHASE serta menjadikan Kuala Lumpur ibu kota global yang berdaya saing, berdaya huni dan berpaksikan nilai MADANI.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr. Zaliha turut merakamkan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif atas kepimpinan dan sumbangannya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Maimunah kini dilantik sebagai Penasihat Hartanah PETRONAS, dan pengalaman luas beliau dijangka terus dimanfaatkan untuk agenda pembangunan strategik negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Peguam Gesa AG Campur Tangan Isu Albert Tei

Haniff Khatri berkata, ini kerana rakaman video yang didedahkan menunjukkan wujud dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mempunyai pengetahuan berhubung isu skandal mineral Sabah.
Read More
Total
0
Share