Desakan Letak Jawatan Presiden Bersatu Makin Melonjak

KUALA LUMPUR | 1 Feb 26 – Desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus bergema selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) awal tahun ini.

Ketua BERSATU Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata ia penting bagi menjernihkan kembali hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS, sekali gus memperkukuhkan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Sebagai Ketua BERSATU Bahagian Dungun, saya menyatakan kebimbangan serius terhadap kegagalan kepimpinan tertinggi parti, khususnya Muhyiddin dalam menjaga keharmonian dan hubungan strategik dengan rakan komponen PN.

Abdul Aziz berkata, Muhyiddin sebelum ini sudah meletakkan jawatan Pengerusi PN, namun kini kelihatan seolah-olah ingin kembali menguasai jawatan itu, sekali gus mencetuskan kekeliruan dan ketidakstabilan dalam struktur kepimpinan gabungan.

Katanya, persepsi rakyat semakin negatif apabila wujud gambaran Muhyiddin tidak memberi ruang kepada mana-mana pemimpin lain menerajui jawatan itu, sebaliknya seolah-olah mahu memastikan jawatan berkenaan tidak disandang oleh sesiapa sekiranya bukan beliau sendiri, termasuk melalui tindakan memansuhkan jawatan itu.

Terdahulu, beberapa pemimpin dan bekas ahli parti secara terbuka berkata kepimpinan Muhyiddin kini tidak lagi dihargai dan wajar diganti untuk menyelamat serta menyatupadukan parti di tengah ketegangan dalaman.

Malah, bekas pembantu kepada Muhyiddin mendakwa bahawa kritik yang berterusan serta serangan dari dalam parti dan rakan komponen PN menunjukkan sokongan terhadap beliau sudah semakin lemah, malah menyarankan beliau menarik diri sepenuhnya daripada pentas politik parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share