
KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Ketua Armada Johor, Alias Rasman bersama dua Ketua Bahagian BERSATU di Johor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka menandatangani memorandum menyokong pemecatan Timbalan Presiden parti, Hamzah Zainuddin.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor, Sahruddin Jamal mendakwa 17 Bahagian di Johor menyokong memorandum untuk memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Alias menyatakan menerusi applikasi whatsapp, beliau tidak tahu menahu mengenai memorandum tersebut dan menafikan menandatangani apa-apa meorandum.
Perkara sama ditegaskan oleh Ketua Bahagian BERSATU Mersing, Abdul Halim Abu Bakar yang menyatakan namanya telah digunakan tanpa persetujuan beliau.
Menurutnya, laporan akhbar myang mengaitkan namanya sebagai salah seorang yang menyokong memorandum tersebut sebagai fitnah.
Beliau turut menimbulkan perkara di kepada Sahruddin yang memberi peringatan bahawa perkara seperti ini boleh menimbulkan perpecahan didalam parti.
Sementara itu, Ketua Bahagian BERSATU Pasir Gudang turut menafikan penglibatan dalam memorandum berkenaan dan menegaskan beliau menyifatkan ianya sebagai fitnah.
Ketiga-tiga pemimpin itu secara bersama menolak kenyataan memorandum tersebut secara total.
Baru-baru ini, sebanyak tujuh belas ketua bahagian BERSATU dan kepimpinan parti itu di Johor dilaporkan mendesak supaya Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada jawatan serta keanggotaannya dalam parti. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.