DUN Sabah Dibubar, Beri Laluan Prn Ke-17

KUALA LUMPUR, 6 OKT 25 – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Nor di Kota Kinabalu, sebentar tadi selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan di tempat sama awal petang ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Pengumuman itu sekaligus membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke-17.

Hajiji dalam sidang medianya turut memaklumkan awal hari ini beliau telah mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman berhubung perkara itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share