Empat Ketua Bahagian WP Letak Jawatan – Kepimpinan Radzi Jadi Persoalan

KUALA LUMPUR | 4 Mac 26 — Krisis dalaman BERSATU Wilayah Persekutuan semakin memuncak apabila empat Ketua Bahagian yang memegang jawatan kanan Badan Pimpinan Negeri (BPN) meletakkan jawatan serentak, sekali gus mendedahkan retakan serius dalam struktur BERSATU Wilayah Persekutuan.

Perletakan jawatan itu dimaklumkan oleh Mantan Ketua Bahagian Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, yang memaklumkan peletakan tersebut melibatkan jawatan Timbalan Pengerusi Negeri, Setiausaha Negeri, Ketua Penerangan dan Bendahari, yang kesemuanya dianggap tulang belakang pentadbiran negeri.

Sebelum ini, tiga Ketua Bahagian — Lembah Pantai, Kepong dan Cheras — telah keluar parti dan melepaskan jawatan masing-masing. Dengan tambahan empat lagi pemimpin kanan yang berundur hari ini, jumlah tokoh bahagian yang hilang dalam tempoh singkat mencecah tujuh orang.

Perkembangan tersebut berlaku di bawah pentadbiran Badan Pimpinan Negeri yang kini diketuai oleh Naib Presiden Radzi Jidin. Keadaan ini tidak menunjukkan petanda pemulihan sebaliknya menjadi gelombang penolakan terhadap kepimpinan baharu.

Dalam maklumat yang dikongsi kepada politiko, Wilayah Persekutuan yang mempunyai 13 bahagian juga berdepan masalah struktur dimana Bahagian Labuan masih berstatus bahagian penaja, Bandar Tun Razak dipangku kepimpinan sementara, Armada negeri belum bersidang, Kepimpinan Srikandi kehilangan tokoh utama dan Struktur bersekutu telah dibubarkan.

Radzi yang memimpin BERSATU Wilayah dilihat masih gagal memulihkan kedudukan parti tersebut dan keadaan ini mengundang persoalan mengenai kemampuan beliau.

Terdahulu, Radzi Jidin turut dilantik mengetuai BPN Melaka setelah keseluruhan BERSATU Melaka lumpuh apabila 5 dari 6 Bahagian mengumumkan pembubaran, baru-baru ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ART Satu Perangkap Diplomatik – Kata MP PN

“Ini bukan sekadar isu teknikal. Ini soal maruah dan masa depan dasar Bumiputera. Frasa ‘sovereign interests’ digugurkan dan diganti dengan istilah longgar seperti ‘goodwill’ serta ‘shared commitment’. Itu tanda kita sudah tunduk,” tegas Ahmad Amzad
Read More
Total
0
Share