Undang-Undang Mana Anwar Guna Tidak Hukum Faktor Usia, Soal Kadir

KUALA LUMPUR, 31 Jul 25 – Tiada mana-mana undang-undang yang menghalang pendakwaan dilakukan semata-mata atas faktor usia, kata veteran wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Kadir merujuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad bersalah kerana melepaskan Batu Puteh ke Singapura, namun tiada tindakan dilakukan kerana sudah berusia 100 tahun.

“Undang-undang mana yang mereka ikut?,” soal Kadir, dalam hantaran media sosialnya.

Menurutnya, Perdana Menteri dan Kabinet tidak boleh bertindak sebagai mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah sesuka hati.

“Perdana menteri, Kabinet tidak boleh bertindak sebagai penyiasat, pendakwa raya, hakim dan tukang gantung.

“Kita kena ikut undang-undang bukan hukum rimba. Lagipun Dr Mahathir sendiri sudah, secara terbuka, meminta didakwa dan Anwar pula tidak habis-habis mendakwa tidak campur tangan,” katanya.

Sedangkan katanya, kanak-kanak (juvana) dan orang gila pun boleh didakwa dengan mahkamah khas untuk kanak-kanak, manakala orang gila pun tidak terlepas daripada perbicaraan.

“Dia didakwa dulu baru hantar ke Unit Psiaktri dan Kesihatan Mental untuk pemerhatian.

“Apabila disahkan gila barulah perbicaraan ditangguhkan dan dia dimasukkan ke rumah sakit otak,” katanya.

Tetapi Anwar membuat perakuan yang  siasatan jenayah boleh dilakukan ke atas Dr Mahathir atas dakwaan “memperdaya” kerajaan.

“Sekonyong-konyong, Anwar dan Kabinetnya mengambil keputusan tidak melaksanakan keputusan Suruhanjaya itu kononnya kerana Dr Mahathir sudah tua,” kata Kadir lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Khairy Beri Kerajaan Madani Markah 50%

Kerajaan bagaimanapun katanya belum melaksanakan reformasi cukai bagi memperluas asas pendapatan negara, yang menurutnya jauh lebih rendah berbanding negara setaraf dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK)
Read More
Total
0
Share