Fahmi Reza Mahu Bawa Kes Sekatan Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 8 Jun 25 – Artis grafik dan aktivis Fahmi Reza akan mengheret kerajaan ke mahkamah susulan sekatan dikenakan terhadapnya daripada ke luar negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Fahmi menegaskan, jawapan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sekatan terhadapnya tidak memberikan sebarang jawapan selain menunding jari sesama sendiri.

“Rakyat tak patut takut pada kerajaan, kerajaan yang patut takut pada rakyat.

“Korang (kerajaan) selalu suruh aku ‘gunakan saluran yang betul’ kan? Okay, kita jumpa di mahkamah,” kata Fahmi, dalam satu kenyataan, hari ini.

Nazaruddin dalam kenyataan sebelum ini berkata tiada sekatan terhadap aktivis tersebut sebaliknya berlaku kekeliruan semasa proses semakan di pintu keluar negara.

Anwar kemudian mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyemak isu larangan keluar negara yang dikenakan terhadap aktivis itu.

“Kalau rakyat buat salah, korang tak tunggu lama untuk heret kami ke mahkamah.

“Kali ni, giliran rakyat pula untuk heret pihak berkuasa ke mahkamah. Kerajaan dan pihak berkuasa bukan kebal. Rakyat patut berani melawan,” kata Fahmi.

Fahmi berkata, selain menyekat kebebasan untuk bergerak tindakan sekatan terhadapnya adalahenafikam hak sebagai rakyat.

“Korang senang je cakap ‘tiada sekatan rasmi’, tapi realitinya, aku tetap kena sekat semalam. Aku tetap tak dapat ke luar negara. Aku tetap dinafikan hak aku sebagai rakyat.

“Nak tahu apa yang aku tak nampak? Aku tak nampak mana-mana pihak kerajaan yang berani ambik tanggung jawab atas kesilapan korang yang menyebabkan hak kebebasan bergerak aku disekat.

“Aku hanya rakyat biasa. Korang dah sekat, susahkan, dan rugikan masa dan duit aku, tapi kemudian cuci tangan, tak nak mengaku salah,” tegasnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share