GSF Melepasi Zon Kuning, Keselamatan Dijaga Kapal Turkiye

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Semua kapal dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat melepasi kawasan dikenali sebagai “zon kuning” malam tadi, dengan pengiring daripada kapal tentera laut Turkiye masih diteruskan bagi memastikan keselamatan konvoi.

Perkara itu dimaklumkan pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat, yang turut berada dalam flotilla berkenaan.

“Alhamdulillah sudah separuh malam dan semuanya masih indah dan tenang. Semua kapal berjaya melepasi zon kuning dan kapal tentera laut Turkiye masih bersama kami,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Menurut beliau, laluan berkenaan berjaya dilepasi kira-kira jam 9.30 malam waktu Malaysia, menandakan flotilla kini semakin hampir ke destinasi.

Misi GSF membawa kapal-kapal dari pelbagai negara dengan tujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kehadiran kapal perang Turkiye dianggap sebagai faktor utama meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang perjalanan konvoi tersebut.

Perkembangan terkini ini sekali gus meredakan kebimbangan mengenai ancaman keselamatan di laut, khususnya apabila flotilla semakin hampir dengan kawasan perairan bergolak. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share