Wan Saiful Tarik Balik Rayuan, Dakwa Muhyiddin Hipokrit Isu Majlis Presiden PN

KUALA LUMPUR | 16 Feb 26 – Mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengumumkan beliau menarik balik rayuan terhadap tindakan disiplin parti, sekali gus menutup episod pertikaian dalaman yang berlarutan.

Dalam kenyataan terbaharu, beliau memaklumkan surat rasmi telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Rayuan parti bagi menarik semula rayuannya.

Namun di sebalik penarikan itu, Wan Saiful membangkitkan satu isu yang disifatkannya sebagai “hipokrasi” kepimpinan tertinggi parti.

Menurutnya, antara tuduhan kesalahan terhadap beliau sebelum ini ialah usaha menggerakkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif dalam Perikatan Nasional yang kemudiannya dicadangkan berkembang menjadi Majlis Presiden gabungan tersebut.

“Perkara yang sama dilakukan oleh Muhyiddin Yassin hari ini,” tegasnya, merujuk kepada surat yang didakwa dihantar oleh Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin kepada Presiden-presiden parti komponen dalam PN.

Wan Saiful menyifatkan tindakan itu sebagai bercanggah dengan tuduhan yang pernah dikenakan ke atasnya, sekali gus membayangkan wujud layanan berbeza terhadap kepimpinan atasan berbanding pimpinan lain.

Langkah Wan Saiful menarik balik rayuan akan menyebabkan proses rasmi parti tertutup, ini bermakna beliau tidak akan kembali sebagai ahli BERSATU. Dan sebagai Ahli parlimen bebas, beliau berhak menyertai mana-mana parti politik.

Dalam perkembangan isu akaun facebook rasmi BERSATU, Wan Saiful menempelak Ketua Penerangan BERSATU, Tun Faisal yang dikatakan tiada kualiti apabila gagal mengurus facebook dengan wajar.

“Saya sedih melihat apa yang berlaku dalam BERSATU. Isu rakyat tak disentuh. Isu Azam Baki tak dilawan. Isu Anwar Ibrahim tak disentuh. Isu jual negara tak dijuarai. Tapi akaun Facebook pula jadi tumpuan.

“Saya pernah jadi Ketua Penerangan BERSATU. Perkara macam ni tak pernah jadi semasa saya bertanggungjawab.

“Malangnya, inilah kualiti pegawai atasan pilihan Muhyidin. Inilah kualiti BERSATU hari ini.

Kalau akaun Facebook pun tak boleh urus, tutup sajalah parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share