Gurindam Zaman Edan

Bola punya gila, orang luar jadi “warganegara”.

Sampai sanggup tipu.

Lahirkan Harimau Malaya palsu.

Betullah cerita dulu-dulu.

Teuku jadi Tengku.

Bukan Bumiputera jadi Melayu.

Harimau palsu kita sudah tahu.

Tapi siapa hantu jembalang di belakang?

Yang minum arak, mabuk tak pelik.

Yang tak minum tapi mabuk juga, ajaib.

Boleh jadi, Menteri Pelancongan Madani hendak seni-budayakan alkoholisme demi tourisme.

Pasal hidang minuman keras,

Perdana Menteri sudah bagi amaran keras.

Orang utara kata, lepas ni, si menteri lagi lah deras.

Umpama burung tiong yang rasa dirinya raja, dia pun terus menyanyi dengan riang rianya.

Betullah macam Perdana Menteri sendiri kata, ini zaman edan, separuh gila.

Tulisan Kadir Jasin ini telah disiarkan di laman facebook beliau, 8 Oktober 25

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Malaysia Refleksi ‘Animal Farm’ Moden? Bah 3

Barangkali analogi paling pedih daripada ‘Animal Farm’ ialah ungkapan: semua haiwan adalah sama, tetapi ada yang lebih sama daripada yang lain. Dalam konteks moden, ia seolah-olah diterjemahkan menjadi: semua rakyat sama di sisi undang-undang, tetapi ada yang lebih kebal daripada yang lain. Di sinilah letaknya ironi – dan juga tragedi – dalam banyak sistem politik hari ini.
Read More
Total
0
Share