Hadi Kekal Presiden, Kata Dewan Ulama PAS

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Tan Sri Abdul Hadi Awang masih akan dikekalkan sebagai presiden PAS, menolak spekulasi kononnya beliau akan beralih ke kedudukan Mursyidul Am.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Mohd Asri Mat Daud berkata, kononnya kedudukan Hadi akan digantikan dengan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga sebagai tidak berasas.

“Tidak ada angin, tidak ada ribut, dakwaan mengatakan Tok Guru (Hadi) akan naik menjadi Mursyidul Am adalah spekulasi semata-mata.

“Presiden kekal sebagai presiden, timbalan kekal sebagai timbalan. Mereka sudah serasi, maka kita anggap sahaja semua ini sekadar spekulasi,” katanya, seperti laporan Sinar Harian.

Tegasnya, setakat ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akan kekal menerajui parti Islam itu tanpa sebarang petanda atau keputusan rasmi berkenaan akan berlaku perubahan kepimpinan.

“Gabungan antara presiden dan timbalan presiden dilihat sangat serasi dan selari oleh jentera parti serta semua pihak dalam PAS.

“Jadi tidak timbul isu penggantian,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, hari ini.

Tambahnya, buat masa ini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk negeri, kawasan, pusat mahupun dewan dalam parti yang menyatakan akan berlaku pertukaran jawatan presiden. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share