Shamrahayu: Kuasa Undang Turunkan YDPB Dijamin Perlembagaan Negeri

KUALA LUMPUR | 8 Okt 26 – Kuasa Undang Yang Empat dalam urusan pelantikan atau penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bukan sesuatu yang boleh dinafikan kerana ia bersumberkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz, berkata Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan menjamin Perlembagaan Negeri, termasuk perkara berkaitan pelantikan Raja yang perlu diselesaikan mengikut Undang-Undang Tubuh negeri berkenaan.

Menurutnya, dalam konteks Negeri Sembilan, Perkara 10 dan 11 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan menetapkan proses enquiry atau pemeriksaan yang perlu dilalui dalam urusan tersebut.

Shamrahayu menjelaskan proses itu dilakukan secara tertutup dengan persoalan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar untuk mendapatkan jawapan, sebelum Undang Yang Empat membuat keputusan.

Beliau berkata, sekiranya proses enquiry itu dapat dibuktikan telah berlaku, maka keputusan atau proklamasi Undang Yang Empat adalah sah.

“Kuasa Undang tak ada orang boleh nafi,” katanya, sambil menegaskan bahawa sekiranya berlaku penurunan Yang di-Pertuan Besar, kuasa tersebut adalah pada Undang Yang Empat, bukannya Menteri Besar.

Menurut Shamrahayu, tandatangan Menteri Besar terhadap proklamasi pula adalah sebahagian daripada proses yang ditetapkan undang-undang dan tidak bermaksud Menteri Besar mempunyai kuasa untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar.

“Bukan Menteri Besar nak jatuhkan Yam Tuan. Yang turunkan Yam Tuan itu bukan Menteri Besar, yang turunkan Yam Tuan itu adalah Undang,” katanya dalam satu video yang disiarkan oleh umnoonline, baru-baru ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share