Hadir Konvensyen Pemuda UMNO Bukti PERKASA Tidak Terikat Parti Politik — Presiden

KUALA LUMPUR | 5 Jan 26 — Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali, menjelaskan kehadirannya ke Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada 3 Januari 2026 sebagai atas kapasiti beliau sendiri sebagai pemimpin NGO Melayu, dan menegaskan tindakan itu tidak bermakna PERKASA terikat dengan mana-mana parti politik.

“Saya sebagai anggota pimpinan Payung Besar Melayu yang dipengerusikan Tun M, seharusnya menyokong usaha itu dan dijemput pula untuk hadir. Maka saya wajar hadir.

“Maka ada suara-suara sumbang kutuk saya kerana hadir. Mereka lupa saya hanya seorang pemimpin NGO yang mahukan penyatuan Melayu demi kuasa politik orang Melayu sebesar kuasa zaman dulu.

Syed Hassan hadir selepas berjumpa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal beberapa hari sebelum konvensyen dan dimaklumkan bahawa konvensyen akan membincangkan gesaan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Madani dan memainkan peranan penyatuan Melayu.

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat suara-suara sumbang yang mengutuk kehadirannya semasa konvensyen.

Syed Hassan meluahkan kebimbangannya melihat kuasa politik orang Melayu berada di bawah pengaruh DAP dan hanya menjadi pembangkang, dan menekankan bahawa orang Melayu secara majoriti wajib menguasai politik negara dengan solid tanpa terlalu bergantung kepada parti-parti kaum lain. 

Baru-baru ini, Pemuda UMNO telah menganjurkan konvensyen khas dimana Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menggesa UMNO keluar dari kerajaan Madani dan menubuhkan Muafakat Nasional bersama parti PAS. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share