
PARLIMEN | 23 Feb 26 — Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, menjelaskan bahawa setakat ini Pejabat Speaker belum menerima sebarang surat rasmi atau dokumen bertulis yang berkaitan dengan perubahan atau pertikaian status ketua pembangkang.
Beliau menegaskan bahawa keputusan formal hanya boleh dibuat berdasarkan dokumen yang diterima selaras peraturan dewan.
Pertikaian mengenai status jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat mencuri tumpuan selepas ia dibangkitkan oleh RSN Rayer (PH–Jelutong) ketika persidangan hari ini, yang merujuk Peraturan Mesyuarat 4A(3) dan 4A(4) yang memberi kuasa kepada Speaker untuk menentukan siapa yang layak mengisi jawatan pembangkang apabila timbul sebarang pertikaian.
Dalam perbahasan yang sama, Ahli Parlimen Awang Hashim (PN–Pendang) menyeru supaya isu ini tidak dicampuri oleh pihak luar dan menegaskan bahawa pengurusan dalaman parlimen harus diselesaikan mengikut undang-undang dan peraturan tanpa campur tangan pihak luar.
Menurut Timbalan Speaker, tanpa pemberitahuan rasmi, Hamzah masih kekal sebagai ketua pembangkang sehingga status jawatan itu diputuskan secara rasmi oleh Jawatankuasa Hak dan Kebiasaan atau oleh Speaker sendiri.
Semalam, Mesyuarat Luar Biasa PN sebulat suara memutuskan Ahli Parlimen Kemaman, YAB Datuk Seri AHmad Samsuri Mokhtar dilantik sebegai Pengerusi PN yang baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan awal Januari lalu. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.