Wakil DAP Ingatkan BN Johor, Kejayaan Negeri Juga Adalah Hasil Usaha Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menegaskan pembangunan pesat yang sedang berlaku di Johor ketika ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Menurut beliau, rakyat Johor sendiri dapat melihat pelbagai perkembangan besar yang sedang dilaksanakan termasuk pelancaran perkhidmatan ETS dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Beberapa tahun lalu ini, sebenarnya rakyat Johor memang melihat dengan mata sendiri pembangunan secara pesat di negeri Johor. Perkhidmatan ETS pun sudah dilancarkan dan Zon Ekonomi JS-SEZ juga dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, segala pencapaian tersebut tidak wajar dilihat sebagai kejayaan sebelah pihak semata-mata kerana kestabilan politik di peringkat nasional memainkan peranan penting dalam menarik keyakinan pelabur asing.

“Ini semuanya hasil kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Johor. Jadi penting untuk dinyatakan secara rasmi bahawa kestabilan yang dicapai di Johor dan seluruh Malaysia ini bukan sahaja usaha kerajaan Barisan Nasional di negeri Johor, tetapi juga pencapaian Kerajaan Madani,” katanya dalam video malaysiagezette.

Wong Shu Qi turut menegaskan bahawa kestabilan politik negara menjadi faktor utama yang membolehkan Johor muncul sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini.

Menurut beliau, keyakinan pelabur asing terhadap Johor tidak mungkin berlaku tanpa suasana politik yang stabil di Malaysia secara keseluruhan.

“Kejayaan dan pencapaian JS-SEZ di Johor sebenarnya sumbangan besar daripada Kerajaan Madani untuk menstabilkan politik seluruh negara dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk masuk melabur di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan perkembangan ekonomi dan pelaburan melibatkan Johor di Dewan Rakyat. 

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) Johor disahkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran terbaharu di laman sosial hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum pandangan, suara, harapan rakyat dan kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor.  @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share