Haniff Khatri Cabar Rafizi: Kalau Berani, Buat Laporan – Jangan ‘Mengadu’ Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 DIS 25 — Peguam terkenal, Haniff Khatri, tampil mengulas dakwaan Rafizi Ramli di TikTok berhubung kemungkinan salah guna kuasa melibatkan pejabat Perdana Menteri dan SPRM, sambil menegaskan bahawa semua tuduhan itu mesti disalurkan melalui laporan rasmi, bukan sekadar dibualkan di media sosial.

Menurut Haniff, jika benar wujud salah guna kuasa dalam urusan parti atau campur tangan pejabat Perdana Menteri, pihak yang sepatutnya membuat aduan adalah individu atau pemimpin PKR yang mendakwa menjadi mangsa ketika itu.

“Itu dia yang kena buat laporan. Bukan orang luar,” tegasnya.

Haniff turut mempersoalkan tindakan Rafizi sendiri, yang mendedahkan isu itu melalui media sosial tetapi tidak membuat laporan rasmi.

“Kalau betul apa dia cakap, sepatutnya dia yang buat laporan. Bukan bercakap dalam TikTok mengarut macam ni,” katanya sambil menyifatkan tindakan itu sebagai ‘bacol’ jika Rafizi enggan mengambil langkah undang-undang.

Beliau menegaskan, jika benar Rafizi pernah menghubungi Perdana Menteri dan menerima jawapan seperti yang didakwa, maka Rafizi adalah individu paling layak menilai sama ada wujud salah laku melibatkan PM dan SPRM.

“So kenapa dia tak buat report? Tanya dia lah,” kata Haniff.

Haniff mengingatkan bahawa dalam isu seperti ini, hanya dua pihak boleh membuat laporan: mangsa yang terlibat — atau Rafizi sendiri.

“Bukan bagi tahu kat rakyat luar. Laporan mesti datang dari mereka.”

Dalam audio siar terbarunya, bekas Menteri Ekonomi itu mendakwa beberapa anggota PKR menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dilihat tidak lagi digemari sesetengah pemimpin parti.

Kata Rafifi lagi, perkara sama turut berlaku terhadap ahli-ahli parti yang bertanding menentang Nurul Izzah Anwar dalam merebut jawatan timbalan presiden parti tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share