Hanya Ahli Parlimen Umno Mampu Sekat RUU URA, Kata Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 – Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar (URA) dijangka akan melepasi sesi pengundian di Dewan Rakyat minggu hadapan sekiranya ahli-ahli Parlimen Umno memberikan sokongan mereka, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu bagaimanapun mengharapkan wakil rakyat Umno tidak menyokong RUU itu dan memaksa ianya diteliti dan disemak semula.

“RUU ini lepas kalau ahli Parlimen Umno sokong…mana mana RUU bila lulus apa dicakap dijanji dalam Dewan Rakyat tak jadi apa, yang penting akta tersebut.

“(Pengundian RUU) ini boleh lepas (lulus) kalau Umno sokong. Kita minta ahli Parlimen Umno supaya tidak sokong RUU ini sebab kita kena teliti satu persatu.

“Banyak isu belum selesai,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramah penerangan membantah URA di Ampang, malam tadi.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, untuk meluluskan RUU itu juga hanya memerlukan majoriti mudah dan sukar untuk dihentikan.

“Usaha meluluskan RUU ini sangat gopoh kenapa gopoh sangat nak selesai sebab PRU16 mereka akan kalah dan kita batalkan RUU ini.

“Dengan sokongan mereka ada mungkin lepas ‘simple majoriti’,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) juga katanya berhasrat untuk menganjurkan bantahan secara besar-besaran namun waktu terlalu singkat.

“Kita berhasrat adakan bantahan awam besar besaran. Tapi bentang hari Khamis (minggu lepas) Rabu ini bacaan kali kedua. Pengundian hari Rabu tersebut. Khamis hari akhir Parlimen. Bila dah lulus kita tak boleh buat apa.

“Pertemuan malam ini penting untuk kita daripada semua tempat dapat sedarkan rakyat RUU ini bukan main-main bukan sama nak bangunkan kawasan buruk,” kata Tuan Ibrahim lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share