SPRM Tahan Seorang Lagi Pegawai Tinggi Tentera Terkait Rasuah ATM

PUTRAJAYA | 14 Jan 26 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menahan seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini dalam satu lagi perkembangan serius kes rasuah dan tender perolehan tentera yang kini berada di bawah siasatan agensi anti-rasuah itu.

Berita Harian melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pegawai kanan tersebut ditahan pada kira-kira 11 pagi tadi bagi membantu siasatan lanjut berkaitan dengan kes yang melibatkan unsur rasuah membabitkan pasukan beruniform itu.

Penahanan terbaru ini menyusuli pembebasan seorang bekas panglima Tentera Darat daripada tahanan reman pada 12 Januari lalu selepas tempoh reman berakhir, namun siasatan terhadap dakwaan rasuah dalam projek perolehan tentera terus giat dijalankan.

SPRM dijangka mengadakan sidang media esok untuk memberi kemas kini lanjut mengenai kes berprofil tinggi ini, termasuk kemungkinan tuduhan lanjut atau penahanan lain. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kg Sg Baru: Orang hanya pandai cakap, kata Johari

Johari berkata, situasi di Kampung Sungai Baru sebagai ‘nasi sudah jadi bubur’, memandangkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula telah diwartakan, sebahagian besar penduduk telah berpindah, dan geran-geran telah diberi kepada pemaju.
Read More

Haniff Khatri: Dakwaan Shafee Abdullah Munasabah

Menurut Haniff, kenyataan Shafee yang mendakwa keputusan Mahkamah Tinggi boleh memberi kesan kepada kuasa Raja-Raja Melayu tidak seharusnya ditanggapi berdasarkan ayat tunggal, sebaliknya keseluruhan konteks dan logik hujahnya perlu dilihat secara holistik.
Read More
Total
0
Share