‘Infaq Bersatu’ Untuk Kumpul Dana Parti, Kata Azmin

KUALA LUMPUR, 16 Jul 25 – Bersatu menubuhkan program ‘Infaq Bersatu’ bertujuan mengumpul dana bagi membiayai program parti, kata Setiausaha Agung Azmin Ali.

Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu juga bersetuju dengan cadangan penubuhan tabung dana tersebut.

“MPT menerima cadangan dan meluluskan program Infaq Bersatu yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi aktiviti bersatu.

“Sumbangan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin membantu agenda rakyat terus diperjuangkan bersama Bersatu,” katanya, dalam satu kenyataan, selepas mesyuarat MPT semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, memutuskan akaun bank milik Bersatu yang mempunyai RM195 juta akan terus dibekukan sementara menunggu keputusan dua permohonan semakan kehakiman dan prosiding jenayah berkaitan.

Bersatu pada ketika ini menghadapi kesukaran dalam operasinya apabila akaun parti telah dibekukan oleh SPRM.

Pada 6 Jun lalu, media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa akaun bank milik BERSATU yang mempunyai RM195 juta akan terus dibekukan sementara menunggu keputusan dua permohonan semakan kehakiman dan prosiding jenayah berkaitan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share