Inkues Zara: 70 Saksi Akan Dipanggil, Termasuk Pakar Patologi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 25 — Seramai 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir akan dipanggil dalam prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, pakar patologi berkenaan merupakan antara saksi utama bagi menjelaskan punca kematian remaja berusia 13 tahun itu.

“Pasukan Pegawai Pengendali telah membuat persiapan rapi, termasuk penyediaan dokumen yang akan dikemukakan semasa prosiding serta penyerahan kepada peguam semua pihak berkepentingan,” kata kenyataan AGC.

Inkues itu akan turut disertai peguam pemerhati serta pihak berkepentingan, antaranya ibu Zara yang diwakili Tetuan Hamid & Co, selain beberapa firma guaman lain termasuk Ram Singh & Co, Goh & Associates, serta Sabah Law Society.

AGC menegaskan, prosiding ini penting bagi memastikan prinsip keadilan bukan sahaja ditegakkan, tetapi juga dilihat dilaksanakan.

Kematian tragis Zara Qairina yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu mencetuskan kebangkitan suara awam. Malah, sebuah perhimpunan

“No Justice No Merdeka” dijangka berlangsung hujung minggu ini di Sabah. Inkues dijadualkan bermula 3 September hingga 30 September depan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Inflasi Meningkat Ogos 25 – DOSM

Kadar inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025, apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) naik kepada 134.9 berbanding 133.2 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Read More
Total
0
Share