Insiden Sultan Nazrin: MB Akui Kelemahan, Wanita Di Rujuk Ke Hosp Bahagia

KUALA LUMPUR, 4 Sep 25 – Kerajaan Negeri Perak akhirnya mengakui kelemahan kawalan keselamatan selepas insiden mengejutkan sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh, apabila seorang wanita tiba-tiba naik ke pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Walaupun perkara itu berlaku dengan pantas, kerajaan negeri tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak. Kita menganggap ini sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati pada masa depan.” Kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad kepada pemberita, semalam.

Beliau dalam pada itu turut memuji ketenangan Sultan Nazrin yang tetap meneruskan acara rasmi dan beramah mesra dengan rakyat walaupun berlaku kekecohan di pentas.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, memaklumkan bahawa wanita berusia 41 tahun itu telah dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) untuk pemantauan lanjut di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).

“Individu berkenaan masih belum dituduh di mahkamah. Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis juga mengesahkan suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan kes dadah, meskipun ujian air kencing terbarunya adalah negatif. Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share