
KUALA LUMPUR, 30 APR 25 – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, tidak terkesan dengan tuduhan kononnya beliau dalang disebalik penyebaran rakaman audio mirip suaranya dikatakan menjadi dalang penahanan seorang pemimpin politik lawan
Ab Rauf berkata, beliau juga sedar siapa dalang penyebaran rakaman itu yang dakwanya permainan politik untuk menjejaskan kredibiliti sebagai ketua menteri.
“Kenapa pula saya nak buat laporan polis? Saya tidak ambil itu sebagai sesuatu yang memfitnah atau memburukkan nama saya. Siapa buat, dia tanggung sajalah.
“Saya anggap ini satu permainan politik untuk menjejaskan karakter saya sebagai seorang Ketua Menteri. Saya memang tahu siapa watak di belakang perancangan ini, biarkan dia nak buat,” katanya, ketika program Bicara Tokoh dan Majlis Perasmian Penutup Program Karisma Pemikir Madani Siri II, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Tamu Hotel.
Ab Rauf berkata beliau tidak perlu rasa bersalah dengan permainan seumpama itu.
“Silakan dan teruskan untuk berkarya dalam sandiwara ini,” katanya.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub, baru-baru ini dilaporkan menggesa Ab Rauf membuat laporan polis jika beliau tiada kaitan dengan rakaman audio berkenaan.
Rakaman audio berdurasi tiga minit 57 saat itu tukar di media sosial didakwa suara mirip Ab Rauf, sehari selepas beliau menafikan ada kaitan dalam penahanan Timbalan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 15 April lalu, berhubung dakwaan rasuah. @politikko.my