PN Mohon Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Berkecuali Undian RUU URA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 25 – Ahli Parlimen blok Sabah dan Sarawak digesa mengambil sikap berkecuali dalam pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA), kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ketua pembangkang itu berkata, ia berikutan RUU berkenaan hanya terpakai untuk Semenanjung sahaja sebaliknya tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak.

“Ada rakan-rakan kami dari Sabah dan Sarawak kerana undang-undang ini tidak terpakai untuk Sabah dan Sarawak, tolong jangan mengambil bahagian, kita semua orang Malaysia untuk berlaku adil kepada semua.

“Anda bukan sebahagian daripada undang-undang itu, anda tidak sepatutnya terlibat. Tolong benarkan kami di Semenanjung fikirkan ini, dan kerana selalu kita fikirkan untuk Sabah dan Sarawak, saya mohon ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak tentang isu ini kalau boleh berkecuali,” katanya, dalam sidang media di Parlimen awal hari ini.

Ahli Parlimen Larut itu turut membuat gesaan sama kepada ahli-ahli Parlimen Umno agar turut tidak mengambil bahagian sekiranya undi belah-bahagian dilaksanakan.

Ahli-ahli parlimen Umno yang selama ini memperjuangkan nasib B40, mereka yang tidak mampu memiliki rumah yang begitu mahal, kita mohon supaya kalau boleh, kalau tak mahu tolak pun, tolong berkecuali.

“Kalau mereka berkecuali saya akan maklumkan kepada rakyat semua bahawa ahli parlimen Umno juga bersama dengan rakyat di bawah untuk menangguhkan RUU ini.

“Kerana bila kita bangkit untuk buat undi belah-bahagian nanti saya akan maklumkan berapa ahli Umno akan mengundi, tidak mengundi, kami di sini akan cuba untuk tidak mahu RUU dibentangkan sekali lagi,” kata Hamzah. 

Bantahan terhadap RUU URA berterusan dan RUU tersebut dijangka dibacakan buat kali ke dua hari ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share