JAKIM Tegur Timbalan Menteri Isu New Age Movement — Ada Implikasi Akidah

KUALA LUMPUR | 28 Sep 26 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berhubung isu yang dikaitkan dengan New Age Movement (NAM).

Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, perkara itu telah diberi perhatian serius dan melalui proses siasatan menyeluruh bagi mendapatkan pandangan serta penelitian berdasarkan disiplin ilmu dengan penglibatan autoriti yang bersesuaian.

Menurutnya, sesi pertemuan dan tabayyun turut diadakan bersama Timbalan Menteri berkenaan bagi mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai perkara yang dibangkitkan.

Sesi itu turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah (PPA) JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan isu berkenaan diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

“Hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan serta pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah,” katanya dalam kenyataan media JAKIM, semalam.

JAKIM turut menegaskan bahawa sebarang kandungan atau pendekatan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap akidah perlu diperbetulkan dan dimurnikan.

“Pengisian berkaitan agama sentiasa berasaskan disiplin ilmu Islam dan pandangan pihak berautoriti,” menurut kenyataan itu.

JAKIM berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap pertanyaan dan persoalan masyarakat mengenai isu NAM, termasuk yang dibangkitkan melalui halaman Facebook atas nama Masyitah Ashari.

Pada masa sama, JAKIM menegaskan pendirian untuk menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam.

JAKIM turut menyeru masyarakat supaya tidak membuat kesimpulan berdasarkan bahan yang beredar tanpa pengesahan atau di luar konteks.

Menurut JAKIM, pihaknya akan terus melaksanakan amanah memelihara kesucian akidah umat Islam secara tegas, berhemah dan berasaskan ilmu serta autoriti agama. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

WAWASAN Sasar Tambun, Fadhli Sedia Cabar Dominasi Anwar

"Dengan dukungan bakal Presiden WAWASAN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, saya akan mengambil tanggungjawab untuk menubuhkan jentera WAWASAN di Tambun sebagai persediaan menghadapi PRU16 sekiranya itu menjadi medan perjuangan yang dipilih," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Read More
Total
0
Share