
KUALA LUMPUR, 5 Ogos 25 – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Salleh menggesa tindakan dikenakan ke atas pihak sekolah kerana membiarkan Orang Kelainan Upaya (OKU) bertugas memasang bendera.
Menurut beliau, perbuatan tersebut disifatkan tidak cakna memandangkan pekerja tersebut seorang OKU dan bekerja tanpa pengawasan.
“Jika benar yang memasang bendera terbalik ini adalah seorang OKU. Maka tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah kerana membenarkan seorang pekerja oku memasang bendera tanpa pengawasan dan kenapa pekerja oku ini yang diberikan tanggungjawab memasang bendera jika sudah tahu beliau adalah seorang oku dan bukan pekerja lain.
“(Sekolah) tidak langsung cakna selepas bendera itu dipasang dan dibiarkan begitu sahaja. Katanya.
Kenyataan Akmal dipercayai merujuk kepada ulasan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Port Dickson, Datuk Kenny Chiew Chi Kin, yang menjelaskan bahawa pekerja OKU telah memasang bendera tersebut.
“Saya harap kementerian pendidikan juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua,dan saya mendesak juga kementerian pendidikan untuk siasat siapakah oku tersebut,adakah oku fizikal ataupun mental?
“Jika individu itu adalah oku mental,adakah ia dibenarkan bekerja di dalam premis sekolah?Soalnya.
Baru-baru ini, tersebar foto Jalur Gemilang dikibar secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.