Jangan Boikot PRN Johor, Mandat Rakyat Sudah Terlalu Banyak Dimanipulasi

PETALING JAYA | 10 Julai 26 – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menggesa rakyat Johor supaya tidak memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun mengakui ramai pengundi sudah hilang keyakinan terhadap proses politik akibat manipulasi kuasa sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, mengundi merupakan asas demokrasi penyertaan dan satu-satunya saluran rakyat menentukan kerajaan yang memerintah.

A. Kadir berkata, pengalaman PRN Johor 2022 membuktikan kadar keluar mengundi yang rendah telah menghasilkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh kelompok minoriti.

Katanya, daripada lebih 2.59 juta pengundi berdaftar ketika itu, hanya sekitar 54 peratus keluar mengundi, manakala Barisan Nasional memperoleh kira-kira 600,000 undi atau hanya sekitar 23 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar, namun berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti besar 40 kerusi.

Beliau berpandangan keadaan itu berlaku kerana ramai rakyat sudah muak dengan permainan politik yang menyaksikan Johor bertukar empat Menteri Besar dalam tempoh kurang lapan tahun, selain persoalan mengapa Dewan Undangan Negeri dibubarkan hampir setahun lebih awal walaupun kerajaan negeri berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, faktor-faktor tersebut menyebabkan ramai pengundi merasakan mandat mereka telah dimanipulasi dan dieksploitasi oleh pemain politik.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa rasa kecewa tidak sepatutnya diterjemahkan melalui tindakan memboikot pilihan raya kerana ia hanya akan membuka ruang kepada kerajaan dipilih oleh kelompok pengundi yang lebih kecil, sekali gus menjejaskan legitimasi demokrasi.

Pengundi di Johor akan mula mengundi dalam PRN, esok. Hari ini merupakan hari terakhir kempen PRN Johor yang menyaksikan BN bertanding di kesemua kerusi DUN Johor sebanyak 56 kerusi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dana NGO Untuk Politik Kini Jadi Budaya, Kata Mahasiswa PKR

“Ramai anak muda tak sedar pun apa yang mereka buat itu sebenarnya ada unsur rasuah dan politik wang. Sekarang ini ada trend besar, anak muda tubuh NGO, dan NGO ini akan bergerak bersama ahli politik tertentu. Ada dana yang masuk, dan akhirnya NGO itu digunakan untuk jalankan kerja parti.
Read More
Total
0
Share