
KUALA LUMPUR, 10 Mei 25 – Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Azam Baki bagi memegang jawatan tertinggi dalam SPRM.
Azam Baki dilantik semula sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Subsekyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.
“Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” lapor Bernama.
Azam, 62, sebelum ini telah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.
Beliau dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. @sumber