
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 25 – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menasihatkan kerajaan agar tidak menghapuskan ‘Dasar pandang Ke Timur’ (Look east Policy) atas apa jua alasan.
Menurutnya, sekiranya dasar tersebut dihapuskan, ia boleh memudaratkan hubungan jangka panjang antara Malaysia dengan Jepun.
“Jangan lupuskan “Dasar Pandang ke Timur” (Look East Policy) dengan apa jua sebab dan alasan.
“Kerana kesan mudarat jangka panjang lebih besar kepada negara khusus dalam hubungan diplomatik 40 tahun yang erat antara Malaysia dan Jepun. Katanya ketika perbahasan RMK13 di dewan rakyat, baru-baru ini.
Hujah tersebut diutarakan berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata “Look East is no more, now it is cooperation with the east”.
“Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk ini nampak tidak ada masalah, tapi sebenarnya akan memberi kesan yang besar kepada hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.
“Kerana sejak Rancangan Malaysia ke-4, Dasar Pandang Ke Timur adalah dasar yang menjadi pemangkin kepada perancangan gerak kerja ekonomi perindustrian kitadan bila mana kerajaan hari ini cuba rebranding dengan alasan tidak jelas, dengan alasan kononnya nak bawa masuk China. Ujarnya.
Wan Fayhsal yang juga Ketua hubungan antarabangsa PN berkata bahawa, negara di dalam Dasar Pandang Ke Timur juga sebenarnya telah ada China, namun pada era 80an, negara China belum maju sepertimana Jepun.
“Sebenarnya Look East Policy sudah ada China dalam tu, cuma pada tahun 80an China adalah sebuah negara yang sedang membangun, still a poor country.
“Dan ketika itu, negara yang maju dan yang ke depan membantu menghulurkan tangan adalah Jepun, sebab itu Jepun sampai hari ini, mereka menganggap hubungan kita dengan mereka ni cukup istimewa melalui DasarPandang Ke Timur yang kita sendiri tawarkan
“Jadi bagi saya, adalah tidak munasbah rebranding ini dibuat. Tegasnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.