“Jangan Nyahkan Pandangan Berbeza” — Akademik Selar Tekanan Terhadap Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 DIS 25 — Profesor Kehormat, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, menegur desakan yang timbul daripada Bersatu Bahagian Kuala Terengganu yang dianggap berlebihan sehingga seolah-olah menafikan ruang perbezaan pandangan dalam parti.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan tidak seharusnya sampai ke tahap mengekang hak bersuara dalam kalangan kepimpinan.

“Tindakan dan kenyataan Bersatu Terengganu tidak perlu sampai ke peringkat seolah-olah menafikan kebebasan bersuara dan menghormati perbezaan pendapat… asalkan tidak menggugat keselarasan fikiran saf hadapan parti dalam konteks yang boleh ditoleransikan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan bahawa suasana politik tanpa pembangkang di Terengganu mungkin mendorong Bersatu negeri itu terbawa-bawa dengan budaya hegemoni.

“Kita bimbangkan Bersatu Terengganu terbawa-bawa dengan sentimen hegemoni di Terengganu di mana tiada suara pembangkang langsung di DUN,” ujarnya.

Prof Ahmad Fauzi menegaskan keadaan itu tidak boleh dijadikan model kepimpinan, sama ada untuk negeri mahupun peringkat nasional.

“Perbedaan pandangan sesama barisan kepimpinan patut diurus dengan baik, bukan dinafikan apatah lagi dinyahkan.”

Beliau juga mengingatkan bahawa kesetiaan dalam parti tidak wajar dipersoalkan secara melulu, sambil mengingatkan bahawa Hamzah telah menyatakan pendiriannya.

“Bukankah Hamzah telah menyatakan kesetiaan beliau di depan Presiden baru-baru ini,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share