Jangan Pilih Kasih, Tukar Semua Nama Kolonial Kalau Serius – MB Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 11 Sep 25 – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menyifatkan cadangan menukar nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga sebagai langkah tidak konsisten dan bersifat pilih kasih.

Beliau berkata, jika alasan penukaran nama adalah untuk membuang unsur kolonial, maka ia perlu dilakukan menyeluruh dan bukan hanya di satu lokasi.

“Kalau betul nak tukar nama kerana mahu buang unsur penjajah, janganlah ambil separuh jalan. Tukar Port Klang, tukar Georgetown, tukar Kuala Lumpur sekali. Kenapa pilih satu-satu? Itu lambat,” katanya lapor Harian Metro.

Cadangan menukar nama Port Dickson itu dilaporkan digerakkan oleh beberapa NGO, termasuk Pertubuhan Pemerkasaan Identiti (IDENTITI) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Malah, mereka difahamkan merancang melancarkan petisyen awam pada hujung bulan ini.

Port Dickson, atau lebih dikenali sebagai PD, merupakan bandar pantai popular dan destinasi pelancongan utama di Negeri Sembilan. Sebelum ini, ia pernah dikenali sebagai Tanjung, sebelum penjajah British menamakan semula kawasan itu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share