Janji-Janji Reformasi Anwar Yang Belum Ditunaikan – Bah. 1

1. Pembaharuan Institusi (Institutional Reform)

Akta Pendanaan Politik : Dijanjikan sejak era PH 2018 dan ditegaskan semula oleh Anwar. Hingga kini belum dibentang di Parlimen. Perkara ini penting untuk ketelusan dana politik dan mencegah merebaknya rasuah dalam politik.

Pengasingan Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya : Ini juga masih belum dilaksanakan secara tuntas oleh pentadbiran Anwar Ibrahim. Ini suatu elemen penting yang pernah beliau janjikan untuk dilaksanakan agar integriti dan kepercayaan agensi kerajaan di mata rakyat dan pelabur dapat dipulihkan.

Pindaan Akta Hasutan & Akta IPCC (EAIC baharu) Akta Hasutan masih digunakan (contoh: kes terhadap pengguna media sosial dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah IPCC (Suruhanjaya Aduan Polis) dilihat tidak sekuat IPCMC seperti dicadangkan dahulu.

2. Ketelusan & Antirasuah

Isytihar harta secara berkala & terbuka untuk semua ahli Parlimen : Ini masih tidak diwajibkan, hanya “galakan”. Sedangkan, pentadbiran Anwar dilihat begitu aktif memburu anak-anak Mahathir, Allahyarham Tun Daim dan beberapa tokoh korporat Melayu.

Reformasi menyeluruh SPRM : Ketua SPRM masih dilantik secara eksekutif. Hingga kini tiada cadangan legislatif untuk jadikan SPRM benar-benar bebas di bawah Parlimen, sedangkan pelaksanaan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti mana janji-janji yang lain. @analitiko

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

N.Sembilan – Isyarat Hubungan BN-PH Rapuh

Jangan lupa, Presiden UMNO sendiri sudah beri banyangan bahawa UMNO BN mungkin akan bergerak solo dalam PRU akan datang. Ini adalah satu taktik agar pengundi Melayu melihat UMNO menjauhkan diri PH khususnya DAP, tetapi pada masa yang sama, akan sedia berkerjasama sama kembali untuk kuasa.
Read More

Perang Iran Dan Kesan Ekonomi Global

Perang Iran menunjukkan bagaimana konflik geopolitik boleh mencetuskan krisis ekonomi global. Rantau Timur Tengah memainkan peranan strategik dalam sistem ekonomi dunia, sebagai pengeluar tenaga utama dan hab penerbangan antarabangsa.
Read More
Total
0
Share