Kabinet Putuskan Rujuk Takiyuddin Ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen

KUALA LUMPUR, 5 DIS 25 — Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk merujuk Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hasan, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, susulan kenyataannya mengenai insiden latihan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Terengganu, yang berlaku pada 19 September lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, langkah merujuk Takiyuddin ke jawatankuasa tersebut perlu bagi memberi ruang penyiasatan secara rasmi, dan menghormati peraturan dewan berhubung kebebasan bersuara serta tanggungjawab ahli parlimen.

Usul awal untuk menggantung Takiyuddin selama enam bulan pernah dikemukakan oleh kerajaan — namun selepas perbahasan hangat, ia ditangguhkan dan dibawa ke jawatankuasa berkenaan buat semakan lanjut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share