Selesai Segera Polemik, Krisis Bersatu Beri Kesan Negatif PRN Sabah, Kata PAS

KUALA LUMPUR, 6 NOV 25 — Krisis dalaman melanda Bersatu dikhuatiri memberikan kesan kepada Perikatan Nasional (PN) yang sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata PAS.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, polemik parti itu penting demi menjaga kestabilan dan kekuatan gabungan pembangkang.

“Dari segi kesan, memang ada sedikit sebanyak kerana kita duduk bersama dalam PN. Jadi kita harap Bersatu dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin.

“Kita tidak boleh campur tangan sebab itu tidak komen apa-apa, cuma harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam sebulat suara bersetuju agar krisis dalaman melibatkan kepimpinan Bersatu dihentikan demi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan Bersatu menjelang PRN Sabah.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu pada Selasa melibatkan kehadiran hampir semua kepimpinan tertinggi parti.

Bersatu sebelum ini mengambil tindakan disiplin dengan memecat dan menggantung keahlian pimpinan bahagian atas beberapa pertuduhan.

Kumpulan itu kemudian menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara mendesak Muhyiddin berundur dari kerusi presiden. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Garis 3 Teras Untuk Angkat Konsensus Nasional Baharu

“Ayatnya adalah trust deficit . Maka, saya mencari jalan bagaimana cara kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Itulah yang akhirnya saya dapat satu kertas yang boleh dibincangkan bahawa Konsensus Nasional Baharu ini boleh dijadikan sesuatu yang dipertanggungjawabkan supaya kita semua dapat hidup aman.
Read More
Total
0
Share