Kedah Semak Hak Atas Pulau Pinang, Bukan Cabar Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 14 NOV 25 – Kerajaan Kedah menegaskan langkah menyemak semula hak negeri itu terhadap Pulau Pinang bukan tindakan mencabar Perlembagaan atau kedaulatan negeri tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad, berkata tuntutan Kedah adalah hak yang memang dijamin Perlembagaan dan dibuat mengikut saluran undang-undang.

“Tidak timbul isu Kedah mencabar Perlembagaan. Apa yang dibangkitkan ialah tuntutan hak yang sudah pun termaktub. Sultan Kedah sendiri pernah menitahkan pada 2023 supaya status Pulau Pinang diperjelaskan secara fakta dan tanpa prejudis,” katanya di Parlimen.

Menurut beliau, semua pihak wajar menghormati langkah kerajaan Kedah kerana ia berpandukan perundangan dan tidak bermaksud mencabar kedaulatan Pulau Pinang.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen PH mendakwa Perlembagaan Persekutuan mengatasi dakwaan sejarah bahawa Pulau Pinang milik Kedah. Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menegaskan Perlembagaan jelas mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat.

Ahmad bagaimanapun berkata, semakan itu turut melibatkan pemberian khas bertarikh 6 Mei 1969 yang didakwa masih pada jumlah sama walaupun sudah lebih 150 tahun.

Sementara itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) memaklumkan Kedah menerima lebih RM10 juta setahun bagi pajakan Pulau Pinang.

“Kami Ahli Parlimen PN menyokong penuh langkah Kedah tubuhkan pasukan undang-undang untuk bawa isu ini ke mahkamah. Setiap pajakan ada tempoh tamat, begitu juga pajakan Pulau Pinang,” katanya. 

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi membangkitkan tentang isu bayaran royalti pajakan Pulau Pinang semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini.

Muhammad Sanusi pula memaklumkan negeri itu dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan kajian menyeluruh yang melibatkan lebih 20,000 dokumen daripada pelbagai arkib termasuk British Library di London bagi menilai semula hubungan sejarah, isu sempadan, bayaran air Sungai Muda serta kadar pajakan yang dianggap sudah tidak lagi munasabah.

Perkara tersebut dibangkitkan dalam apabila beliau mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share