Keikhlasan BN Dipersoal, PH Selangor Digesa Kaji Semula Kerjasama Politik

SHAH ALAM | 20 Julai 26 — Kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor berdepan persoalan baharu apabila PH negeri itu digesa menilai semula hubungan kerjasama dengan parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat susulan perkembangan politik membabitkan BN yang dilihat mencetuskan persoalan mengenai hala tuju hubungan antara kedua-dua gabungan yang sebelum ini membentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Memetik laporan media, Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor, Shahrul Adnan dipetik sebagai berkata, PH perlu menilai semula bentuk kerjasama tersebut sekiranya wujud perbezaan pendekatan politik antara kedua-dua pihak.

Beliau menegaskan, PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi matlamat sama, namun hubungan politik perlu dinilai apabila berlaku perkembangan yang boleh menjejaskan keyakinan antara rakan gabungan.

“Jika BN boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan politik mereka, maka PH juga berhak menilai semula bentuk kerjasama sedia ada,” katanya.

Gesaan itu sekali gus membuka perbincangan mengenai masa depan kerjasama PH-BN di peringkat negeri, khususnya menjelang persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Pada 17 Julai lalu, Ketua Pemuda PKR, Kamil Munim, menegaskan wujud keperluan PH mengkaji semula hubungan dengan BN atas alasan gabungan itu sedang ‘gigih mencatur agenda’.

Beliau menyifatkan tiada kejujuran daripada BN ketika negara memerlukan kestabilan untuk berdepan cabaran global. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share